Peringkat umur 6-7 tahun sangat penting untuk anak-anak. Waktu ini tugas kita sebagai ibu bapa akan memnentukan nasib mereka 20 tahun lagi. Di waktu ini lah perkembangan emosi dan mental mereka pesat berlaku. Gadget dan TV secara berlebihan dan tidak dikawal akan membantutkan proses ini.
Cara terbaik untuk membantu perkembangan dan proses ini adalah dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti bermain, mewarna dan melukis. Keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu yang baharu sangat luar biasa. Mereka umpama span yang akan menyerap apa sahaja pada waktu ini.
Majalah Aulad telah menjadi satu alternatif penting bagi membantu ibu bapa dalam proses perkembangan anak-anak pada umur ini. Setiap bulan 30,000 kanak-kanak di seluruh Malaysia akan membaca Majalah Aulad. Mereka mempunyai aktiviti untuk dilakukan selain dari menonton TV dan bermain gadget secara berlebihan.
Majalah Aulad ditulis khas mengikut kesesuaian umur peringkat prasekolah. Majalah ini dipenuhi dengan pelbagai aktivti menarik untuk dilakukan anak anda di rumah.