Whatsapp Us at: +60136380543

Free shipping within Malaysia on selected products.

Cara Ajar Anak Solat

Daripada Amru bin Syu’aib daripada ayahnya daripada datuknya, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka.” (Berkata an-Nawawi, hadith hassan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang hassan. No. Hadith : 495).

Hadis diambil dari laman web Jakim

Agama mengajar ibu bapa untuk menyuruh anak solat apabila anak sudah mencapai umur 7 tahun dan bukannya sebelum itu.

Jadi bagaimana hendak mengajar anak solat dari peringkat awal? Sedangkan Rasulullah S.A.W. sendiri memberi tahu kita untuk menyuruh anak solat apabila mecapai umur 7 tahun?

Anak sulong saya kini berusia 5 tahun. Kami jarang sangat mengajak dia solat bersama. Ada beberapa sebab kami tidak menyuruh dan mengajak dia solat bersama:

  1. Agama tidak menyuruh mereka mula solat sehingga umur 7 tahun. Jadi kami tak boleh paksa.
  2. Jika kami ajak, dan anak kami berkata tak nak, kami tidak mahu membiasakan anak dengan keadaan kami akur dengan ketidakmahuan dia.

Bayangkan apa akan berlaku setiap kali kami ajak solat, dia jawab tak nak dan kami jawab ok tak apa.

Jadi apa yang kami buat?

Satu sahaja iaitu, teruskan solat seperti biasa tanpa menyuruh apatah lagi mengajak dia bersolat sama.

Satu perkara berlaku beberapa bulan kebelakangan ini, dia (anak kami) sendiri yang hendak solat bersama tanpa disuruh, tanpa di ajak. Dan malam tadi, dia sendiri berwuduk dan datang solat isya’ di sebelah saya dari rakaat pertama sehingga habis.

Kami percaya anak-anak akan ikut apa yang ibu bapa mereka lakukan. Agama itu mudah dan agama telah menunjukkan semuanya.

Dan peringkat umur pra sekolah adalah peringkat di mana mereka akan ikut apa yang kita buat dan apa yang kita perkatakan.

Mereka seperti span yang akan menyerap apa sahaja tanpa tapis.

Kenapa hanya setelah 7 tahun baru ibu bapa diperintahkan untuk menyuruh anak mula solat?

Setiap apa yang Rasulullah ajarkan pasti ada hikmahnya.

Anak cerminan kita. Mulai dari hari ini, jom sama-sama kita cuba memperbaiki diri.

Saya sendiri tidak lari daripada salah. Anak saya pernah menyebut perkataan ‘bodoh’ dan bila ditanyakan dari mana dia belajar sebut macam tu. Dia jawab, dia belajar dari saya. Terkedu diam seribu bahasa saya masa tu.

Semoga anak-anak kita semua menjadi insan bertaqwa dan sentiasa dalam redha Allah S.W.T. Dan semoga mereka menyadi penyebab kita ke syurga.

Assalamualaikum.

Leave a Reply

Free shipping

Within Malaysia on selected products

Pickup at store

Pickup available on selected products

Exclusively for sale

Through out Malaysia. Other countries coming soon

100% Secure Checkout

FPX / MasterCard / Visa

through senangpay

© 2020 Aras Mega (M) Sdn Bhd (164242-W)
Published with care, by Aras Mega

0